About Us

PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA KG WONOD

PENGENALAN
Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) merupakan usaha kerajaan dalam merapatkan jurang digital di kalangan rakyat khususnya penduduk luar bandar. Projek ini dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama Celcom Berhad. Bagi di negeri Sabah, sebanyak 28 buah Pusat Internet dibangunkan pada tahun 2012 dan hampir keseluruhan daerah di Sabah ini terpilih untuk tujuan projek pusat internet 1 malaysia.Sebelum ini lebih dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti yang telah dibangunkan seawal tahun 2010 di mana setiap daerah didirikan dua atau tiga bangunan pusat jalur lebar. Kampung Wonod, Telupid merupakan antara lokasi projek Pusat Internet 1 Malaysia.Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Wonod telah siap sepenuhnya dan mula beroperasi pada Pertengahan bulan Oktober 2012.

LOKASI 

Pusat Internet 1 Malaysia cawangan Wonod terletak di Kampung Wonod, daerah kecil Telupid. Lokasi berada di laluan antara Pekan Telupid dengan pekan Ranau, terletak kira-kita 500 meter dari Sekolah Rendah Kebangsaan Wonod dan 12 km dari Pekan Telupid. Bagi penduduk Kg. Wonod yang berdekataan kedudukan PI1M Kg Wonod adalah bersebelahan dengan Dewan Serbaguna Kg. Wonod. 

SASARAN PENGGUNA 

Adalah dari semua golongan tidak kira pelajar, dewasa, warga emas, surirumah dan golongan bekerjaya atau yang belum mendapat pekerjaan. Ini kerana Pusat Internet di bangunkan bagi memudahkan penduduk setempat khususnya di Kg. Wonod ini, menikmati kemudahan yang yang disediakan oleh Kerajaan. Dengan kapasiti kependudukan sekitar 977 orang. PI1M Kg. Wonod mensasarkan keahlian dari Jabatan Kerajaan, murid sekolah. guru-guru dan belia serta penduduk setempat. Setakat 24 November 2012, PI1M Kg. Wonod telah mencapai 217 orang ahli.

KEAHLIAN

Untuk menjadi Ahli Pusat Internet 1 Malaysia, yuran keahlian seumur hidup dikenakan RM5.00 akan dikenakan. Borang keahlian boleh didapati melalui Pengurus dan Penolong Pengurus PI1M Kg. Wonod. Keistimewaan menjadi ahli bukan hanya cas perkhidmatan Internet adalah lebih murah, tetapi lebih bermanfaat di mana ahli PI1M akan berpeluang menjalani Kursus berkaitan ICT secara percuma.


PENGURUSAN PI1M KG WONOD
Masa Beroperasi:

 8.00 Pagi - 5.00 Petang 

setiap hari, kecuali cuti umum.
Masa Rehat: 

12.00 Petang - 1.00 Petang.

PERKHIDMATAN PI1M KG WONOD
Berikut adalah senarai perkhidmatan berserta cas perkhidmatan di PI1M Kg. Wonod:
  1. Penggunaan Internet bagi Ahli:
  • Dewasa: RM 1.00 /sejam
  • Pelajar : RM 0.50 /sejam
      2. Penggunaan Internet bagi Bukan Ahli:
  • Dewasa : RM 1.50 /sejam
  • Pelajar   : RM 1.00 /sejam
      3. Perkhidmatan WiFi: 
  • PERCUMA untuk mendapatkan kata laluan anda boleh mendaftarnya sendiri di Portal yang disediakan atau anda juga boleh mendapatkannya di PI1M Kg.Wonod.
      4. Perkhidmatan lain:
  • Print hitam putih    :  RM 0.30 - RM 0.40 sekeping
  • Print Warna          :  RM 2.00 - RM 3.00 sekeping
  • Photostat              :  RM 0.30 sen
  • Laminasi               :  RM 1.50 sehelai (tidak termasuk bahan)
  • Upah menaip        :  RM 1.00 - RM 2.00
  • Copy / Burn CD   :  RM 1.00 (Tidak termasuk bahan)

No comments:

Post a Comment